Sebenarnya tujuan asal wa ialah ke Kuala Kubu Bahru untuk mengambil gambar sungai yang terkenal dengan arus deras yang sesuai untuk aktiviti Whitewater Rafting. Malangnya tuah tak menyebelahi wa. Udah ler nak memulakan perjalanan, wa dah silap masuk susur. So, terpaksa la menghala ke Kuala Lumpur tak pasal-pasal yang terkenal dengan sesak baratnya bila time orang balik kerja... Itu belum lagi kat Kuala Kubu pulak bila tercari-cari arah dengan waktu ketika tue dah hampir senja. Bawak keta laju giler pun kalu tak tahu arah pun tak guna jugak..
Datang la pulak hujan lebat. Maka tak jumpa arah tambah dengan tak tentu arah la wa dibuatnya. Dalam mengharung malam yang dengan hujan lebat tetiba boleh silap arah menghala Tanjung Malim la pulak. So, pikir punya pikir... Kalu jumpa tempat pun dah tentu tak dapat nak ambil apa-apa gambar sebab hujan lebat sangat. Akhirnya dengan rasa hampa, wa patah balik..
Dalam pada jiwa kacau tu, wa pun singgah kat Putrajaya... Inilah sahaja yang wa dapat..
Selama wa selalu ke Putrajaya, wa baru perasan bahawa jambatan yang satu nie tiada penghujung.
Masjid baru nie memang cantik.
Wa rasa kos nak buat pondok nie pun dah sama rege rumah wa..
Walau apapun.. wa rasa malam tue, keta wa la kereta yang paling cun kat Putrajaya..
Lu orang jangan histeria udah ler.. Wa cakap yang benar je.. waakakaka..