Rabu, Jun 10, 2009

Sepang Gold Coast

Sebenarnya wa dah taktau apekebende nak buat untuk update blog wa. So, tetiba wa teringat lak yang wa ada pergi ke Sepang Gold Coast aritu.

Dalam pada merayap kat sana, wa ada la amik gambar sikit kat taman Sepang Gold Coast tue.

Apa yang wa tau tentang Sepang Gold Coast nie sebenarnya sedang dalam pembinaan dan kini yang telah siap ialah cuma pejabat jualan beserta dengan restoran stimbot kot. Selain dari itu juga pejabat jualannya dikelilingi oleh taman lanskap yang agak menarik jugak la. Projek yang sedang rancak dalam pembinaan ialah resort atas airnya yang wa tau terdiri dari resort 1 bilik sehingga ke 3 bilik tidur yang harga memang jangan citer la bermula dari kalu wa tak silap RM730K sehingga kepada RM1.3Juta. Kalu lu orang mampu, lu orang beli la...

Wa juga dimaklumkan bahawa setiap apartment (panggil apartment la kot sebab ada bilik) semuanya siap fully furnish kerana pihak Sepang Gold Coast nak seragamkan resort yang dijual. Ntah ler wa pun tak paham sangat sebab penjelasan sale person tue masa wa asyik dengar memang menarik tapi bila dah balik rumah nie wa lupa la pulak. Lain-lain kalu lu orang nak tau, lu orang pergi la sendiri tanya kat awek tue..