Memaparkan catatan dengan label Recreation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Recreation. Papar semua catatan

Selasa, Jun 24, 2014

Air Terjun Sungai Tengkil, Gunung Muntahak

Amat menarik sekali bila setelah penat berjalan dalam hutan selama satu jam setengah dan akhirnya dihidangkan dengan pemandangan yang amat menarik....

Macam biasa jugak la, pakai kamera henpon..



Rabu, November 06, 2013

Salang, Tioman

Just went there end of October & early November 2013, a bit quiet as expected because majority of hotels and restaurants are closed for the monsoon season. But by the time I was there, just some rain and choppy water.

Some view at Kampung Salang, Tioman Island....






Took the photos just using my handphone and the reason going there is participating in a diving course organized by Johor State Youth And Sports Department.

The Activity

 The Buddies

The Instructor - Mr. Ezzaq from AZMI Dive a.k.a Salang Bob Marley.....

Khamis, September 19, 2013

Puncak Panti Barat

Pemandangan dari Puncak Panti Barat... Takde nak bawak DSLR nyer. Pakai henpon sudah.. Hehe..



Jumaat, Februari 08, 2013

Waterfall Kota Tinggi

Kalau tak salah kira, mau dekat 10 tahun mungkin juga lebih dah tak jejakkan kaki ke Airterjun Kota Tinggi. So, baru jer ikut rakan ke sana bukan sebab untuk berkelah tapi lebih kerana tugas. Bila dah ke sana maka ambillah kesempatan yang ada untuk amik beberapa keping gambar. Oleh kerana tak bawa kamera, maka pakai henpon pun jadik la....











Isnin, Oktober 04, 2010

Kuala Trengganu

Dalam perjalanan dari Kuala Trengganu untuk balik, wa ternampak satu tempat nie tapi tak ingat lak apa nama tempat nie. So, wa singgah la sebentar. Nak dijadikan hal, rupanya niat wa berhenti nak tengok pemandangan pantai kat sini rupa-rupanya juga untuk tukar tayar sebab tayar wa bocor. Sambil tengok pemandangan, sambil kena tukar tayar. Mujur juga awal lagi. Jadi dapatlah terus tampal tayar. Risau juga sebab perjalanan masih jauh lagi..






Selain itu juga, wa sempat singgah di satu tempat bersejarah iaitu Kota Duyong yang terletak di Pulau Duyong, Trengganu. Kota Duyong nie difahamkan merupakan sebuah kota untuk memantau pergerakan kapal keluar masuk melalui Kuala Trengganu. Ianya merupakan sebuah rumah lama yang dibaikpulih sepenuhnya...





Singgah di tempat berhampiran dengan Pusat Penerangan Perlancungan Negeri Trengganu juga berhampiran dengan Pasar Payang terdapat satu kumpulan yang sedang memainkan alat muzik tradisional. Wa tanya kat pakcik tue apa nama alat muzik tue dan dia kata namanya PUTERI.





Perhentian Island


Daripada Kota Tinggi, Johor nak ke Kuala Besut, Trengganu mengambil masa 10 jam memandu. Kelajuan wa takde la laju sangat... relax jer. Itupun wa ada singgah makan di Pekan, Pahang jap. Selain berhenti bagi melepaskan apa yang patut sebelum kang ada lak 'Coral' dalam perut nih..!! Hehehe. Sampai di Jeti Kuala Besut jam baru pukul 4 pagi dan takde apa yang nak dilakukan sebab semua kedai masih tutup. Nak sewa hotel buat membazir jer sebab tinggal beberapa jam sahaja sebelum bot pertama mula bertolak ke pulau pada jam 7.30pagi. So, lepak dalam kereta jer la...


Walaupun masih terlalu awal, tapi di Kuala Besut sentiasa ada sahaja mamat-mamat yang berlegar ke hulu-ke hilir dengan motosikal menyapa kami dengan tujuan untuk berebut kenderaan kami supaya diletakkan di tempat mereka masing-masing. Bayaran meletak kenderaan sebanyak RM7 untuk 1 hari. So, untuk 3 hari 2 malam kena juga la RM21 siap jaminan kononnya nak sedapkan hati pelanggan tapi pada wa mengerikan, "Abang jangan risau, selama nie belum pernah ada kes bang". Memang la, wa mana tau ada kes atau takde. Dan kalau ada kes pun takkan lu nak cakap pun.. Takkan lu nak bagitau wa, "Abang jangan risau, selama nie baru Dua Ratus Enam Puluh Tiga kereta jer kena pecah. Yang diaorang amik cuma radio ngan potong wayar sikit jer bang...!!"

Perjalanan menaiki bot ambil masa 45 minit tapi jumlah keseluruhan jejak gak la 1 jam. Naik bot macam la naik prebet sapu kat bandar. Bot yang kami naik tue bukan hantar ke 1 lokasi sahaja tapi terkena lak time tue banyak lokasinya. Kena pulak kami la lokasi terakhir bot tue hantar. So, duduk jer la. kalu prebet sapu boleh gak nak marah turun dari kereta, ini bot... takkan nak merajuk nak turun! Giler apa..? Mujur la Pulau Perhentian terdiri dari gugusan 2 buah pulau iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil jer. Nak ambil gambar dalam masa naik bot tue jangan harap la sebab kalu nak amik gambar laut maybe hasilnya nampak langit jer.... Laju giler bot ngan ombak lagi..


So, sampai kat lokasi penginapan kat pulau, wa pun terus dengan aktiviti dalam jadual wa selanjutnya...