Memaparkan catatan dengan label Island. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Island. Papar semua catatan

Rabu, November 06, 2013

Salang, Tioman

Just went there end of October & early November 2013, a bit quiet as expected because majority of hotels and restaurants are closed for the monsoon season. But by the time I was there, just some rain and choppy water.

Some view at Kampung Salang, Tioman Island....






Took the photos just using my handphone and the reason going there is participating in a diving course organized by Johor State Youth And Sports Department.

The Activity

 The Buddies

The Instructor - Mr. Ezzaq from AZMI Dive a.k.a Salang Bob Marley.....

Isnin, Oktober 04, 2010

Perhentian Island


Daripada Kota Tinggi, Johor nak ke Kuala Besut, Trengganu mengambil masa 10 jam memandu. Kelajuan wa takde la laju sangat... relax jer. Itupun wa ada singgah makan di Pekan, Pahang jap. Selain berhenti bagi melepaskan apa yang patut sebelum kang ada lak 'Coral' dalam perut nih..!! Hehehe. Sampai di Jeti Kuala Besut jam baru pukul 4 pagi dan takde apa yang nak dilakukan sebab semua kedai masih tutup. Nak sewa hotel buat membazir jer sebab tinggal beberapa jam sahaja sebelum bot pertama mula bertolak ke pulau pada jam 7.30pagi. So, lepak dalam kereta jer la...


Walaupun masih terlalu awal, tapi di Kuala Besut sentiasa ada sahaja mamat-mamat yang berlegar ke hulu-ke hilir dengan motosikal menyapa kami dengan tujuan untuk berebut kenderaan kami supaya diletakkan di tempat mereka masing-masing. Bayaran meletak kenderaan sebanyak RM7 untuk 1 hari. So, untuk 3 hari 2 malam kena juga la RM21 siap jaminan kononnya nak sedapkan hati pelanggan tapi pada wa mengerikan, "Abang jangan risau, selama nie belum pernah ada kes bang". Memang la, wa mana tau ada kes atau takde. Dan kalau ada kes pun takkan lu nak cakap pun.. Takkan lu nak bagitau wa, "Abang jangan risau, selama nie baru Dua Ratus Enam Puluh Tiga kereta jer kena pecah. Yang diaorang amik cuma radio ngan potong wayar sikit jer bang...!!"

Perjalanan menaiki bot ambil masa 45 minit tapi jumlah keseluruhan jejak gak la 1 jam. Naik bot macam la naik prebet sapu kat bandar. Bot yang kami naik tue bukan hantar ke 1 lokasi sahaja tapi terkena lak time tue banyak lokasinya. Kena pulak kami la lokasi terakhir bot tue hantar. So, duduk jer la. kalu prebet sapu boleh gak nak marah turun dari kereta, ini bot... takkan nak merajuk nak turun! Giler apa..? Mujur la Pulau Perhentian terdiri dari gugusan 2 buah pulau iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil jer. Nak ambil gambar dalam masa naik bot tue jangan harap la sebab kalu nak amik gambar laut maybe hasilnya nampak langit jer.... Laju giler bot ngan ombak lagi..


So, sampai kat lokasi penginapan kat pulau, wa pun terus dengan aktiviti dalam jadual wa selanjutnya...


Isnin, Julai 12, 2010

Pulau Tinggi

Tak pasal-pasal wa ke Pulau Tinggi. Orang lain pergi 3 hari 2 malam tapi wa pergi tengahari balik petang.. Ada la dalam 1 jam jer kat atas pulau. Tapi okey gak la sebab memang belum pernah pergi Pulau Tinggi pun.

Takde apa sangat yang wa tau tentang Pulau Tinggi tue kecuali nama Pulau Tinggi itu diambil kerana terdapat sebuah gunung yang tertinggi antara gugusan pulau-pulau lain. Lokasinya bagi yang tak tau ialah di Daerah Mersing, Johor. Perjalanan menaiki bot mengambil masa selama 45 minit melalui Jeti tanjung Leman. Pulaunya masih tak banyak terusik oleh pembangunan dan masih banyak terdapat hutan serta masih terpelihara keasliannya.

So, oleh kerana perjalanan wa kali ini tanpa persediaan langsung dan tidak dijangkakan maka wa takde la bawak kamera melainkan guna kamera henpon wa jer. Bila dah sampai kat pulau pulak lupa nak amik gambar lain dek kesibukan menyelesaikan tugasan yang sepatutnya seberapa segera bagi mengelakkan dari ditinggalkan dek bot yang baik hati tumpangkan wa pergi dan balik...

Terima kasih la bebanyak kat adik supir bot tue, dapat la abe ke Pulau Tinggi...

Dari gambar pun tau wa pergi Pulau Tinggi naik bot... hehehe

Rabu, Oktober 21, 2009

Kelong Ah Fatt at Pulau Sibu

Memulakan perjalanan menuju ke Jeti Tanjung Leman dari Kota Tinggi mengambil masa dalam 1 jam. Setiba di Jeti Tanjung Leman pada jam 5.00 petang, bot dah siap menunggu. So, tak perlu kami tunggu lama dan rupanya bot tue hanya menunggu kami jer... Yang kena tunggu ialah Dr. Liew sekeluarga dengan Mrs. Ho sebab wa kelewatan.. haha (Sorry to keep u all waiting).

Untuk sampai ke Kelong Ah Fatt dari Jeti Tanjung Leman hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja tapi memandangkan bot yang dinaiki tue berkelajuan sopan santun maka faham-faham saja la sebab mana ada speed boat ke Pulau Sibu. Sebenarnya percutian di Kelong nie lebih kepada aktiviti memancing tapi bila orang yang tak minat memancing (macam wa) berada di atas kelong, maka aktiviti lebih kepada berehat dan percutian sahaja. Geram gak nak memancing sebab tengok ikan yang pemancing lain dapat.

Nak makan angin atas kelong paling jauh bersiar-siar pun dalam 5 minit dah sampai semula kat titik permulaan. So, kalau nak bersiar-siar lebih jauh kena la pusing 10 atau 20 pusingan atas kelong tue...

Nak cerita hal makan dulu atau hal tempat tidur? Kita cerita tentang tempat tidur dulu la yea...

Di atas kelong tempat tidur agak selesa cuma tidaklah sepertimana dalam chalet atau bilik hotel. Tidur dalam keadaan macam dalam dormitory. Ada dalam lebih kurang 15 buah katil dua tingkat dan sebuah katil boleh memuatkan 6 tilam bujang untuk setiap tingkat. So, berapa orang yang boleh tidur atas kelong tue, lu orang kira la sendiri. Setiap tingkat katil pula disediakan 2 buah kipas yang diletakkan di kiri dan kanan katil. Jadinya takde la panas suasana dalam kelong tue tambahan lagi dindingnya boleh dibuka dan ditutup. Bila malam pula, tak payah berkipas pun takpe sebab angin semulajadi dah cukup kuat. So, tidurlah wa dengan nyaman sekali walaupun dengan iringan irama malam... (Lu kira la kalau atas kelong yang tak berapa penuh tu pun ada dalam lebih kurang 60 orang dengan anggaran 30% berdengkur - lu agak boleh jadi lagu tak?? Waakakakaka)

Gambar di atas hanya Gambar Hiasan sahaja. Bukan mereka-mereka yang dalam kategori 30% di atas.

Makanan semua berasaskan laut. Ikan, udang, sotong, ketam semua ada selain ayam, sayur dengan nasi... Masakan 'Chinese Style' la, tak pedas. So, kalu lidah jawa nak masakan pedas kena la buat tak malu mintak lada dengan kicap kat dapur. Makan agak 'mewah' sebab ada sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dengan minum malam lagi. Itu tak termasuk biskut dan air kopi serta teh yang sentiasa ada disediakan. So, takde la fikir nak pergi "Seven E" kalu terasa lapar.

Part paling best bila time makan ialah wa akan terasa macam kat asrama sekolah dulu sebab setiap kali makanan telah siap disediakan, Chef akan bunyikan loceng time perang jepun dulu.

Tanpa loceng nie, maka tak makan la kami...

Keesokan harinya kami ke Pulau Sibu yang hanya dalam 15 minit sahaja. Kali ini Pulau Sibu ada sedikit kelainan dari semasa wa pergi sebelumnya di mana telah mula ada menampakkan pembangunan dengan laluan menyelusuri pantai, bangunan sekolah dan lain-lain. Tapi tidaklah semeriah Pulau Tioman atau jauh sekali Langkawi.

Tapi apa yang paling menarik sekali berada di sini samada di atas kelong atau di Pulau Sibu ialah pemandangannya amat menarik sekali. Pulau yang belum tercemar....

A special thanks to Dr. Liew from Clinic Liew, Kota Tinggi for this trip.... "Terima kasih daun keladi."