Isnin, Jun 28, 2010

Ulu Sungai Sedili

Nak sampai ke lokasi ambil masa dalam 2 jam dari Kota Tinggi. Bukan kerana lokasinya yang terlalu jauh tetapi laluannya merupakan laluan di dalam hutan yang mana kenderaan biasa agak sukar untuk sampai. Kesempatan selama 2 hari 1 malam di sana tidak mencukupi kerana banyak tempat lagi yang masih belum dapat sampai.

Dikatakan terdapat juga Air Terjun di kawasan berhampiran tetapi kami tidak dapat berjumpa dengan lokasinya walaupun telah berjalan kaki selama 4 jam pergi dan balik. Lagipun, wa ada kat sini bukan sebab makan angin dengan member-member tapi kerana Kursus Pemimpin Rekreasi Luar Tahap 1 yang diadakan disini. Keras ler peserta sebab kena kursus dalam hutan. Nak balik jalan kaki makan hari gak la nak sampai. Sebelum sampai ke lokasi perkhemahan pula terdapat kesan-kesan gajah yang mana bau kencingnya masih kuat.

Photo 1

Photo 2

Photo 3

Jumaat, Jun 18, 2010

Senja di Bagan Lalang

Gambar nie wa ambil masa di Bagan Lalang, Sepang sebelum wa balik ke Johor. Itu kat tempat orang, tapi percubaan lepas nie wa nak amik kat tempat wa pulak...

Photo 3A

Ptoto 3B

Khamis, Jun 10, 2010

Drip.. dripping.. drop..

Sikit punya lama dah tak masuk atau kemaskini blog wa nie. Hari nie wa masuk dah nak kena bersihkan sawang-sawang yang ada. Dah memacam alasan wa bagi sampaikan wa dah takde alasan nak bagi kenapa blog wa nie sepi.. So, ini la yang wa boleh update wat masa nie. Cuma bezanya kali nie bukan buat kat dalam toilet.. Kat ruang tamu rumah wa tue.. Amacam..?? OK..tak??

Photo 2A

Photo 2B

Photo 2C

Photo 2D