Memaparkan catatan dengan label Landscape. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Landscape. Papar semua catatan

Selasa, Jun 24, 2014

Air Terjun Sungai Tengkil, Gunung Muntahak

Amat menarik sekali bila setelah penat berjalan dalam hutan selama satu jam setengah dan akhirnya dihidangkan dengan pemandangan yang amat menarik....

Macam biasa jugak la, pakai kamera henpon..



Rabu, November 06, 2013

Salang, Tioman

Just went there end of October & early November 2013, a bit quiet as expected because majority of hotels and restaurants are closed for the monsoon season. But by the time I was there, just some rain and choppy water.

Some view at Kampung Salang, Tioman Island....






Took the photos just using my handphone and the reason going there is participating in a diving course organized by Johor State Youth And Sports Department.

The Activity

 The Buddies

The Instructor - Mr. Ezzaq from AZMI Dive a.k.a Salang Bob Marley.....

Selasa, Ogos 27, 2013

Kota Johor Lama

Kota Johor Lama merupakan asal usul pentadbiran kerajaan Kesultanan Melayu Johor yang akhirnya tewas akibat serang balas oleh tentera Portugis pada 1587.





Khamis, Ogos 01, 2013

Bulan 15 Ramadhan....

Dah lama tak update blog nie. So, nak dekat raya nie macam kemas rumah nak raya gak la aku update sikit sebab kebetulan aritu adik aku suruh amik gambar bulan sementara tunggu nak pergi Solat Terawih...

Jadi boley la buat untuk kemaskini blog aku nie sikit.....


Khamis, Mac 22, 2012

Tanjung Pengelih, Pengerang II

Dengar khabarnya beberapa kawasan di sekitar Pengerang akan diambil oleh Petronas. Akupun tak tau sangat cerita tue tapi jika benar maka berkemungkinan pemandangan pantai di sekitar Pengerang juga bakal berubah cuma kawasan mana serta seluas mana perubahan tue, wa tak pasti... Maka selagi berkesempatan, wa akan ambil seberapa banyak gambar yang boleh..






Khamis, Disember 01, 2011

Desaru

Lokasi nie wa pergi atas urusan tugasan lain tapi mengambil kesempatan atas masa yang terluang, wa dok la merayap sorang-sorang awal pagi....

Lokasi sebenar ialah di Jeti Kompleks Rakan Muda Sukan Air Dan Udara (KRMSAU), Kota Tinggi




Rabu, Disember 29, 2010

Pineapple Plantation

Semasa berada di Ladang Nenas nie wa dapati tiada pokok yang sedang berbuah, mungkin dah bukan musimnya kot tapi yang ada cuma pokok dalam gambar nie kemudian yang sedang disemai di sebalah bahagian ladang yang lain.

Kawasan penanamannya memang betul-betul luas tapi wa tak pasti samada ini adalah ladang nenas yang paling besar. Rasanya tak kot sebab bila wa search ngan surf kat internet, banyak la pulak tempat perladangan nenas yang kata ladangnya yang paling besar... hahaha..

Tapi apa yang menarik perhatian wa ialah pemandangannya yang seluas mata memandang...



Selasa, Disember 14, 2010

Isnin, Oktober 04, 2010

Kuala Trengganu

Dalam perjalanan dari Kuala Trengganu untuk balik, wa ternampak satu tempat nie tapi tak ingat lak apa nama tempat nie. So, wa singgah la sebentar. Nak dijadikan hal, rupanya niat wa berhenti nak tengok pemandangan pantai kat sini rupa-rupanya juga untuk tukar tayar sebab tayar wa bocor. Sambil tengok pemandangan, sambil kena tukar tayar. Mujur juga awal lagi. Jadi dapatlah terus tampal tayar. Risau juga sebab perjalanan masih jauh lagi..






Selain itu juga, wa sempat singgah di satu tempat bersejarah iaitu Kota Duyong yang terletak di Pulau Duyong, Trengganu. Kota Duyong nie difahamkan merupakan sebuah kota untuk memantau pergerakan kapal keluar masuk melalui Kuala Trengganu. Ianya merupakan sebuah rumah lama yang dibaikpulih sepenuhnya...





Singgah di tempat berhampiran dengan Pusat Penerangan Perlancungan Negeri Trengganu juga berhampiran dengan Pasar Payang terdapat satu kumpulan yang sedang memainkan alat muzik tradisional. Wa tanya kat pakcik tue apa nama alat muzik tue dan dia kata namanya PUTERI.