Isnin, Julai 12, 2010

Pulau Tinggi

Tak pasal-pasal wa ke Pulau Tinggi. Orang lain pergi 3 hari 2 malam tapi wa pergi tengahari balik petang.. Ada la dalam 1 jam jer kat atas pulau. Tapi okey gak la sebab memang belum pernah pergi Pulau Tinggi pun.

Takde apa sangat yang wa tau tentang Pulau Tinggi tue kecuali nama Pulau Tinggi itu diambil kerana terdapat sebuah gunung yang tertinggi antara gugusan pulau-pulau lain. Lokasinya bagi yang tak tau ialah di Daerah Mersing, Johor. Perjalanan menaiki bot mengambil masa selama 45 minit melalui Jeti tanjung Leman. Pulaunya masih tak banyak terusik oleh pembangunan dan masih banyak terdapat hutan serta masih terpelihara keasliannya.

So, oleh kerana perjalanan wa kali ini tanpa persediaan langsung dan tidak dijangkakan maka wa takde la bawak kamera melainkan guna kamera henpon wa jer. Bila dah sampai kat pulau pulak lupa nak amik gambar lain dek kesibukan menyelesaikan tugasan yang sepatutnya seberapa segera bagi mengelakkan dari ditinggalkan dek bot yang baik hati tumpangkan wa pergi dan balik...

Terima kasih la bebanyak kat adik supir bot tue, dapat la abe ke Pulau Tinggi...

Dari gambar pun tau wa pergi Pulau Tinggi naik bot... hehehe