Isnin, Ogos 03, 2009

Kuala Tahan National Park

Perjalanan ke Taman Negara bermula dari jam lebih kurang 11.00 malam dan sampai di Kuala Tahan pada jam lebih kurang 7.00 pagi, 1hb. Ogos 2009. Kalau nak dikira dari jarak perjalanan wa dengan tempoh masa nak sampai memang terlalu panjang tapi wa taknak cerita pasal perjalanan wa... Secara ringkasnya, wa drive seorang follow bas rakan-rakan bermula dari Hentian Seremban pada jam 2.00pagi. Kemudian bas berhenti rehat sebentar di Petronas Paya Serai (bas tak berenti pun wa akan berenti sebab dah tak leh tahan nak terk**c**g) manakala bermula dari situ, Zakria naik dengan wa sebab nak teman wa yang memandu sendirian yang akhirnya wa yang temankan dia membuta dalam kereta wa... (Dia memang bijak, sebab wa dengar dalam bas dia kacau member satu bas yang tengah tido then dia lari masuk kereta wa, dia bantai tido sebab takde sape akan kacau dia tido).

Kami sampai di lokasi penginapan, Persona Resort sebelum daftar masuk kami bersarapan dahulu almaklumlahkan.. semua target nak makan dengan nak membuang sebab perjalanan yang jauh yang amat. Selesai sarapan wa masuk dorm, mandi dan terus bersiap untuk memulakan aktiviti pertama di sana yang bermula dari jam 9.00 pagi. Pengangkutan kami di sana cuma bas pastu bot.. Bot pastu bas..

Sebelum memulakan perjalanan, Saudara Zakria Mahmud kita membuat persediaan rapi memastikan segalanya sesempurna yang boleh sehingga kepada ikatan tali kasut.
P/S: Tunggu gambar yang terakhir, apa dah jadik kat dia nie...

Sampai di tebing Sungai Kuala Tahan kami diberi taklimat oleh Jurupandu Arah kami tentang jadual aktiviti, keselamatan dan apa yang boleh dan tidak boleh dibuat di dalam kawasan Taman Negara. Tempat pertama yang kami pergi ialah Jambatan Gantung (Canopy Walk). Perjalanan untuk ke sana dengan menaiki bot mengambil masa 30 minit kemudian berjalan kaki dalam jarak 800 meter untuk sampai. Panjang Jambatan Gantung adalah 300 meter dengan ketinggian 40 meter. Baca memang boleh la sebab jarak tak jauh dengan tak tinggi.. ya la 40 meter jer.. Sendiri naik la baru tau.. Bila dah kat atas jambatan tue pulak kat tengah tempat yang paling tinggi, dalam kepala nie mula la pikir macam-macam. Kalau tadi kita kat bawah pokok nak nampak pucuk pun susah tapi sekarang kita kat atas pucuk pokok..









Lepas tue, kami semua patah balik menaiki bot terus menuju ke Gua Telinga. Ingatkan naik bot tue terus sampai ke muka pintu Gua Telinga, rupanya kena menapak lagi. Kali nie terasa lebih jauh. Tapi ok la sebab dah lama tak berjalan dalam hutan macam nie..

Sebelum masuk ke dalam gua, sekali lagi kami diberi taklimat. Sebab diberi nama Gua Telinga kerana laluan di dalam gua terlalu sempit. So, bila dah ada kat dalam terasa betapa seksanya wa nak menyusup masuk dengan laluan yang licin sambil bawa kamera. Macam-macam gaya dah wa buat asalkan kamera wa selamat... (Jahanam betul sapa yang bantai kentut lak dalam gua..)

Lega akhirnya kami sampai semula ke Kuala Tahan untuk menjamu selera tengahari. Tak kira la bau badan dah macam tahi kelawar, makan tetap makan.


Selesai makan, kami kembali ke dorm untuk berehat serta buat la apa yang patut sementara menunggu pukul 3.00 petang untuk aktiviti yang seterusnya. Untuk wa pulak, tak lepas peluang ada masa... TIDO..!! Tapi tetiba, belum apa-apa.. kena kejut lagi sebab dah jam 3 rupanya.. So, bersiap dengan pakaian yang kononnya sesuai untuk aktiviti petang nie. Ntah apa la gaya aktiviti petang nie sebab bunyinya Rapids Shooting, katanya macam main jeram mungkin basah.. Tapi bila dah dalam bot, baru wa tau. Sori la sebab takde ambil gambar aktiviti nie sebab nak jaga kamera punya pasal.. Apa yang berlaku, wa taknak cerita di sini...

Tapi inilah kali pertama dalam hidup wa datang melawat kampung orang dengan basah kuyup. Kedua-dua guide kami dah puas kuyupkan kita orang, kami dibawa pula melawat Perkampungan Orang Asli dari Suku Kaum Batek.. (Siap la kamu dua orang nanti..!!) Tak terkata wa bila dengar taklimat dengan air menitik-nitik dari badan.. Penerangan tentang Suku Kaum Batek tue amat menarik minat wa. Wa tak tau ler samada orang asli tu pelik tengok orang luar yang datang atau pelik tengok semua datang dengan air meleleh-leleh satu badan.













Tapi semasa di Taman Negara la kenangan yang wa tak boleh lupakan iaitu Pertama Ketua XPDC, En. SamsulDzukha kita jumpa balik asal usul keturunan sebab dalam pertandingan menyumpit bukan sahaja ketepatan tapi keterampilan juga diambil kira. Markah dia lebih pada keterampilan. Bukak topi jer markah dah penuh.. Dan Keduanya Saudara Redza kita jumpa semula dengan kembar seiras dia yang telah lama terpisah semasa terkinja-kinja dalam air...

Selesai seluruh aktiviti untuk satu hari selepas kami ambil peluang bermandi-manda di sungai, kami pun bertolak balik ke bilik untuk membersihkan diri serta menunggu waktu makan malam. Makan malam dihidangkan jam 8.00 dan sejurus selepas makan, saat yang wa paling tak best ialah wa pun terpaksa merelakan diri bertolak balik ke Sepang. Hati tak nak balik sebab tengah seronok giler.. Orang giler pun tak rasa seronok macam wa. Tapi apakan daya ada tugas yang perlu diselesaikan esok pagi...





Inilah apa yang sebenarnya terjadi kepada Saudara Zakria Mahmud kita yang pada mulanya begitu sempurna untuk memulakan perjalanan malangnya lupa membawa bekalan ubat penenang beliau... Tak makan ubat berlaga dengan kesejukkan air.. Lu pikir la sendiri..