Isnin, Oktober 04, 2010

Kuala Trengganu

Dalam perjalanan dari Kuala Trengganu untuk balik, wa ternampak satu tempat nie tapi tak ingat lak apa nama tempat nie. So, wa singgah la sebentar. Nak dijadikan hal, rupanya niat wa berhenti nak tengok pemandangan pantai kat sini rupa-rupanya juga untuk tukar tayar sebab tayar wa bocor. Sambil tengok pemandangan, sambil kena tukar tayar. Mujur juga awal lagi. Jadi dapatlah terus tampal tayar. Risau juga sebab perjalanan masih jauh lagi..






Selain itu juga, wa sempat singgah di satu tempat bersejarah iaitu Kota Duyong yang terletak di Pulau Duyong, Trengganu. Kota Duyong nie difahamkan merupakan sebuah kota untuk memantau pergerakan kapal keluar masuk melalui Kuala Trengganu. Ianya merupakan sebuah rumah lama yang dibaikpulih sepenuhnya...





Singgah di tempat berhampiran dengan Pusat Penerangan Perlancungan Negeri Trengganu juga berhampiran dengan Pasar Payang terdapat satu kumpulan yang sedang memainkan alat muzik tradisional. Wa tanya kat pakcik tue apa nama alat muzik tue dan dia kata namanya PUTERI.





Tiada ulasan: