Nak cerita hal makan dulu atau hal tempat tidur? Kita cerita tentang tempat tidur dulu la yea...
Di atas kelong tempat tidur agak selesa cuma tidaklah sepertimana dalam chalet atau bilik hotel. Tidur dalam keadaan macam dalam dormitory. Ada dalam lebih kurang 15 buah katil dua tingkat dan sebuah katil boleh memuatkan 6 tilam bujang untuk setiap tingkat. So, berapa orang yang boleh tidur atas kelong tue, lu orang kira la sendiri. Setiap tingkat katil pula disediakan 2 buah kipas yang diletakkan di kiri dan kanan katil. Jadinya takde la panas suasana dalam kelong tue tambahan lagi dindingnya boleh dibuka dan ditutup. Bila malam pula, tak payah berkipas pun takpe sebab angin semulajadi dah cukup kuat. So, tidurlah wa dengan nyaman sekali walaupun dengan iringan irama malam... (Lu kira la kalau atas kelong yang tak berapa penuh tu pun ada dalam lebih kurang 60 orang dengan anggaran 30% berdengkur - lu agak boleh jadi lagu tak?? Waakakakaka)
Gambar di atas hanya Gambar Hiasan sahaja. Bukan mereka-mereka yang dalam kategori 30% di atas.
Makanan semua berasaskan laut. Ikan, udang, sotong, ketam semua ada selain ayam, sayur dengan nasi... Masakan 'Chinese Style' la, tak pedas. So, kalu lidah jawa nak masakan pedas kena la buat tak malu mintak lada dengan kicap kat dapur. Makan agak 'mewah' sebab ada sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dengan minum malam lagi. Itu tak termasuk biskut dan air kopi serta teh yang sentiasa ada disediakan. So, takde la fikir nak pergi "Seven E" kalu terasa lapar.
Part paling best bila time makan ialah wa akan terasa macam kat asrama sekolah dulu sebab setiap kali makanan telah siap disediakan, Chef akan bunyikan loceng time perang jepun dulu.
Tanpa loceng nie, maka tak makan la kami...A special thanks to Dr. Liew from Clinic Liew, Kota Tinggi for this trip.... "Terima kasih daun keladi."
1 ulasan:
pehh...wa nak pegi ni.konfem!
Catat Ulasan