Pada Sabtu, 25hb. Julai 2009 bermula jam lebih kurang 11.00 pagi member yang selalu orang kata adik beradik wa (wa pun tak tak kenapa maybe sebab rupa lebih kurang kot) telah call wa untuk sama-sama tuju ke Kampung Sentosa (tempat yang akan jadi Lubuk sementara peserta). Pada jam ntah wa pun tak tau masa tue kami pun sampai ke tapak perkhemahan yang juga tapak majlis.
Gaya boleh harap la tapi gambar kat bawah lak, muka macam nak nangis kena buang pasir dalam kayak. Tapi yang tak kenal, gambar yang ada semua takde muka wa.
Kalau tajuk lagu 'Bernafas Dalam Lumpur'. Tapi diaorang lain pulak... 'Berjalan Dalam Lumpur'..
Macam biasa juga, setiap kali ada sesi Water Confident maka akan ada berbagai karenah dan ragamnya termasuklah yang jenis air paras pinggang pun rasa macam Laut Dalam Antartika, yang belum masuk air pun dah terasa macam nak lemas tak kurang juga yang kalau boleh nak terjun jer dari atas jeti.. (Suka-suka lu mau terjun).. Tapi merasa gak ler peserta sekalian macamana rasa bergelumang dengan lumpur. Itu belum lagi dalam sesi latihan kayak dengan arus yang deras. Berpeluh gak ler wa bila ada satu kayak nie hanyut dah jauh, bila wa suruh patah balik ke jeti.. Pasangan dalam kayak nie buat pusingan 'U' sampai wa naik pening. Kayak nie wa panggil "berkayak jarak jauh"... waaakaka.. Mana tak nya, orang dayung kayak terus tegak ke destinasi tapi dia dayung pusing dekat 10 pusingan. Akhir sekali wa panggil bot JPS yang memang sedia menunggu, tarik diaorang ke jeti. Yang jadi nafas macam kuda, wa jugak ler sebab nak kena dayung kayak wa patah balik ke jeti yang sikit punya dah jauh dengan melawan arus tue... Tak rugged la paut kat bot. (Padan muka den, nak rugged punya pasal.. waakaka)
Atas pengalaman wa dengan penilaian dari aktiviti hari ini.... Kita tunggu esok, wa boleh agak apa bakal jadik dengan Jurulatih esok nanti.. waakakaka
So pada keesokan harinya 26hb. Julai 2009 jam 0900, wa terserempak dengan salah sebuah lori JKR Kota Tinggi sedang membawa peserta dan peralatan kayak. Rupanya wa dah kelewatan.. Sori la Pak Duha. So, wa follow lori tu dengan muka macam tak salah. Sampai di lokasi disusuli dengan lagi 2 buah lori dll. Sesi di lokasi dimulakan dengan aktiviti regangan dan taklimat serta doa. Peserta dilepaskan oleh Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kota Tinggi.
Rupanya takde la jauh sangat jeti tue cuma 'GPS' tak update. Itu pasal tak jumpa.. waakaka. Walaubagaimanapun, peserta belum sampai lagi ke lokasi yang dijanji dan dengan aktiviti Konvoi Pusing Kampung maka dapat la kita tengok Kampung Sayang sambil dapat la 'cover line' sesat barat tue..
Kepada agensi yang sama-sama terlibat seperti Polis Marin, Bomba, JPS, JKR dan lain-lain... Lu orang memang best lah..!!
P/S: Sori la, 1st. day wa tak ada foto sebab tak bawak kamera..