Nothing else to do @ Azmi Dive, Kampung Salang, Tioman Island
AnisNyer
Jumaat, Mei 15, 2015
Selasa, Januari 06, 2015
Berbakti Pada Tanah
Mengusahakan apa yang terdaya dengan tulang empat kerat...... Usahakan pada setiap hujung minggu dan kini telah diusahakan selama dua bulan.
Pada hari pertama sampai, tak tahu mana nak mulakan. Longkang sempadan pemisah pula selebar 2 depa. Suka atau tak, kena mulakan juga sebab jika tidak dimulakan memang keadaan tidak akan berubah. Akhirnya berbekalkan parang, terpaksa berlari dan melompat ke seberang bagi cari kayu untuk dibuat titi.
Dalam tempoh dua bulan juga yang pastinya babi hutan memang banyak namun sejak akhir-akhir ini macam tidak lagi kelihatan. Rasanya telah diburu sebab sebelum ini pernah terdengar serta ternampak banyak anjing menyalak di kawasan hujung sempadan. Masalah yang tinggal kini ialah gangguan monyet yang merosakkan pokok-pokok yang telah mula ditanam. Buat masa ini masih dalam proses membersihkan kawasan. Selepas ini barulah fikir untuk buang semua akar-akar kayu yang masih tertinggal.....
Selasa, Jun 24, 2014
Air Terjun Sungai Tengkil, Gunung Muntahak
Amat menarik sekali bila setelah penat berjalan dalam hutan selama satu jam setengah dan akhirnya dihidangkan dengan pemandangan yang amat menarik....
Macam biasa jugak la, pakai kamera henpon..
Macam biasa jugak la, pakai kamera henpon..
Isnin, Mei 12, 2014
Kesian kat Padang Futsal....
Dalam perjalanan bersiar-siar tengok pemandangan kat tempat orang, aku terpandang la satu papan tanda nie. Terperanjat gak bila baca sebab bunyinya macam tak patut. Kalau tengok pada ayatnya memang malu la juga sebab tempat lokasi perlancongan ada pulak tuan tanah yang mintak orang ramai buang sampah di Padang Futsal.
TETAPI apa yang sebenarnya yang berlaku bila diselidik ialah kerana tuan tanah baru sahaja membersihkan kawasan tapak tanahnya sebab mungkin sebelum ini dijadikan tempat pembuangan sampah secara haram oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Maka beliau pun meletakkan papan tanda tersebut bagi meminta sampah yang ada dibuang di tempat yang sepatutnya iaitu telah disediakan tong sampah yang besar berdekatan dengan gelanggang futsal tersebut...
Ingatkan suruh buang sampah kat padang futsal.. Rupanya ayat jer bunyi macam tue tapi niat baik...
Cuba teka kat mana lokasi kedua-dua gambar nie..??
Khamis, Mac 06, 2014
Le Tour De Langkawi (Starting Stage 7: Kota Tinggi) 2014
Le Tour De Langkawi Stage 7 of 2014 edition start from Kota Tinggi, Johor to Pekan, Pahang covering 230.1km. And so this is only the activities happen captured by me around the starting point...
Rabu, November 06, 2013
Salang, Tioman
Just went there end of October & early November 2013, a bit quiet as expected because majority of hotels and restaurants are closed for the monsoon season. But by the time I was there, just some rain and choppy water.
Some view at Kampung Salang, Tioman Island....
Took the photos just using my handphone and the reason going there is participating in a diving course organized by Johor State Youth And Sports Department.
The Activity
The Buddies
The Instructor - Mr. Ezzaq from AZMI Dive a.k.a Salang Bob Marley.....
Langgan:
Catatan (Atom)