Mengusahakan apa yang terdaya dengan tulang empat kerat...... Usahakan pada setiap hujung minggu dan kini telah diusahakan selama dua bulan.
Pada hari pertama sampai, tak tahu mana nak mulakan. Longkang sempadan pemisah pula selebar 2 depa. Suka atau tak, kena mulakan juga sebab jika tidak dimulakan memang keadaan tidak akan berubah. Akhirnya berbekalkan parang, terpaksa berlari dan melompat ke seberang bagi cari kayu untuk dibuat titi.
Dalam tempoh dua bulan juga yang pastinya babi hutan memang banyak namun sejak akhir-akhir ini macam tidak lagi kelihatan. Rasanya telah diburu sebab sebelum ini pernah terdengar serta ternampak banyak anjing menyalak di kawasan hujung sempadan. Masalah yang tinggal kini ialah gangguan monyet yang merosakkan pokok-pokok yang telah mula ditanam. Buat masa ini masih dalam proses membersihkan kawasan. Selepas ini barulah fikir untuk buang semua akar-akar kayu yang masih tertinggal.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan