Selasa, Disember 22, 2009

Be Patient

Lamer gak sunyi blog wa nih yek.. Diam tak diam dah sebulan dah nie.. Sabor la yek k.. Busy bangat sekarang nih..

Dah nak dekat tahun baru pun. So,

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

2010

Khamis, November 12, 2009

Putrajaya.... Akhirnya

Sebenarnya tujuan asal wa ialah ke Kuala Kubu Bahru untuk mengambil gambar sungai yang terkenal dengan arus deras yang sesuai untuk aktiviti Whitewater Rafting. Malangnya tuah tak menyebelahi wa. Udah ler nak memulakan perjalanan, wa dah silap masuk susur. So, terpaksa la menghala ke Kuala Lumpur tak pasal-pasal yang terkenal dengan sesak baratnya bila time orang balik kerja... Itu belum lagi kat Kuala Kubu pulak bila tercari-cari arah dengan waktu ketika tue dah hampir senja. Bawak keta laju giler pun kalu tak tahu arah pun tak guna jugak..

Datang la pulak hujan lebat. Maka tak jumpa arah tambah dengan tak tentu arah la wa dibuatnya. Dalam mengharung malam yang dengan hujan lebat tetiba boleh silap arah menghala Tanjung Malim la pulak. So, pikir punya pikir... Kalu jumpa tempat pun dah tentu tak dapat nak ambil apa-apa gambar sebab hujan lebat sangat. Akhirnya dengan rasa hampa, wa patah balik..

Dalam pada jiwa kacau tu, wa pun singgah kat Putrajaya... Inilah sahaja yang wa dapat..

Selama wa selalu ke Putrajaya, wa baru perasan bahawa jambatan yang satu nie tiada penghujung.



Masjid baru nie memang cantik.
 

Wa rasa kos nak buat pondok nie pun dah sama rege rumah wa..

Walau apapun.. wa rasa malam tue, keta wa la kereta yang paling cun kat Putrajaya..

Lu orang jangan histeria udah ler.. Wa cakap yang benar je.. waakakaka..

Ahad, November 01, 2009

Takah Tinggi

Last time when I was at Takah Tinggi, Taman Negara Selai I try to take a photo of the waterfall using slow shutter speed in a bright daylight. (Sorry Tun Toyol sebab langgar pantang.. hahaha). Try small aperture, decrease the ISO... try everything at my level best to get the best photos but still not satisfy with the results. Some more, I forgot to bring the cable shutter release for the extra camera stillness.. So, maybe next time I'll try again with additional gadgets....
P/S: Also learn from my mistake..

Rabu, Oktober 28, 2009

Endau Rompin - Selai National Park Exploration

Program kali ini adalah merupakan anjuran Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Taman Negara Endau Rompin -Selai...

Seawal jam 0730hrs, ramai yang dah berkumpul di hadapan perkarangan Bangunan Sultan Iskandar, Kota Tinggi. Dimulakan dengan bersarapan di tepi tempat letak kereta. Suka @ tak, wa tengok takde pulak yang merungut tapi semua makan tak pandang kiri kanan siap dengan kembang-kembang idung lagi melantak... Wa terus daftarkan diri supaya memastikan wa tak ditinggalkan sebab motto untuk program kali ini ialah "Lambat... Tinggal".

Berdiri dari kiri : En. Rahim, Cikgu Yazid, En. Radif, En. Duha, En. Razak, En. Zakria dan speaker..

Tak berapa lama selepas itu, kelihatan grup Marshall (Pak Supir) yang diketuai oleh Cikgu Yazid dah berkumpul untuk menerima taklimat ringkas yang mana kebanyakkannya team driver muka-muka familiar je yang wa biasa kenal dan dalam kepala wa terus terlintas... "Memang takkan sunyi la hutan Taman Negara tu nak melayan ragam diaorang". Semua kenderaan 4x4 yang terlibat sebanyak 17 buah. Ini tak termasuk kereta wa yang akan jadi Media Car with Single Driver (untuk kali ke-2) bersama konvoi sehingga ke Pejabat Taman Negara. Lepas taklimat, para supir sekalian mula sibuk memastikan kenderaan masing-masing telah bersedia untuk program ini selain memasang bendera pada kenderaan.

Taklimat Untuk Pilot-Pilot

Selepas pendaftaran selesai tanpa ada sesiapa 'lambat yang bakal tinggal', pelepasan peserta-peserta sekelian pun berlangsung dan telah disempurnakan oleh En. Mohd. Radif Bin Kosnin, Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi merangkap Mentor Rakan Muda Daerah kota Tinggi. Kebiasaannya VIP nie kalu dah lepaskan kitaorang dia pun balik rumah atau buat aktiviti lain la kan... Tapi kali ini lain sikit, dalam pada dia sempurnakan majlis perlepasan rupanya dia jugak kena ikut sebab beliau menawarkan diri untuk bersama menyertai program sebagai peserta program.. Maka sesama dok dalam Utan ler kita..

Perjalanan menuju ke Pekan Bekok melalui Kluang - Yong Peng - Chaah - Bekok....

Sampai di Pejabat Taman Negara, diberi pula taklimat oleh Pegawai Taman Negara yang bertugas pastu wa settlekan parking kereta wa yang dah naik 3 kali kena pindahkan. Tak yah tau kenapa ok... Then pindahkan barang wa ke kenderaan no. 14. Perjalanan dari Pejabat Taman Negara ke Tapak Perkhemahan pada wa tidaklah jauh tapi kalau menggunakan kereta wa tue ada harapan wa balik naik tow truck. Sampai di lokasi perkhemahan, beg wa yang warna hijau hitam dah jadi beg merah. Sendiri mau ingat laa bila dah naik Storm masuk hutan pastu beg letak kat belakang...

Taklimat di Pejabat Taman Negara Endau Rompin - Selai

Tayar disedari pancit setiba di lokasi tapak perkhemahan. (Yang bertopi merah tiada di tempat kejadian sebelumnya tapi ntah bilamasa tetiba jer ketika gambar diambil beliau boleh ada di situ)

Lepas dirikan khemah, aktiviti pertama ialah 'Water Tubing'. Wa taknak perjelaskan lebih lanjut tapi cukup la tengok gambar dan wajah Pegawai Belia Daerah, En. Shamsuddzukha a.k.a Duha yang sendiri melalui pengalaman tersebut... (Wajah seribu makna.. kalau OK pun muka macam tue then tak OK pun macam gitu gak...) Malam pula sesi Percambahan Fikiran Program Rakan Muda oleh En. Abd. Rahim, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor. Selesai sesi tersebut di sambung pula dengan sesi Serampang Ikan selain aktiviti bebas.

Wajah dan aksi En. Duha semasa 'Water Tubing'

Wajah dan aksi En. Duha 'sebelum' Water Tubing..

Wajah dan aksi 'anak buah' En. Duha masa 'Water Tubing'

Hari Kedua :-

Persiapan pagi untuk ke Takah Tinggi... Lepas sarapan buat senaman sikit. Tengok pada peta memang ler landai tapi boleh tahan gak la perjalanan 2 jam jalan hutan dengan bahu pikul barang-barang kamera siap dengan tripod. Nasib baik wa tak bawak 70-200mm. Kalu tak, mau menitik segala air kat badan.. Penat memang amat memenatkan tapi menjadi satu kepuasan bila berada di Takah Tinggi. Walaupun wa penat tapi wa betul-betul puas hati berada di sana...

Taklimat sebelum perjalanan ke Takah Tinggi

Sesi regangan oleh Cik Lili

Gambar kiri : Jarak dan tempoh perjalanan, manakala Gambar Kanan: En. Razak menerima taklimat ringkas dari Jurupandu Arah. (Meskipun ketika dalam air, taklimat tetap diberikan... Woi, tak leh tunggu naik kat darat ke apa...?)

Mengambil air dari Batu Dinding. (Thumb Up dari Saudara Md. Nor a.k.a Hantu Cina)

Kembali ke Base Camp, kami diberi waktu rehat dan malamnya kami menjalankan aktiviti yang sama seperti malam sebelumnya.

Hari Ketiga (Last Day):-

Selepas sarapan kami dah mula kemas semua barang, membersihkan semula kawasan seperti sediakala malah lebih bersih dari sebelumnya dan bersedia untuk aturcara program seterusnya iaitu Demo Survival dan diikuti dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh En. Abd. Rahim Bin Hj. Mohd. Sharif, Penolong Pengarah Pembangunan Rakan Muda JBSNJ merangkap orang yang ada bersama kami selama 3 hari 2 malam merangkap orang yang bersama kami juga menapak sampai ke Takah Tinggi...

Perjalanan pulang pula melalui Bekok - Paloh - Kluang - Kota Tinggi. Wa mengikut sahaja dari belakang sebagai Last Car yang dengan amat sabar di belakang kenderaan No. 16 yang membawa 'Hantu Cina'. Itu pasal takleh laju. Kelancaran perjalanan terganggu seketika apabila Tayar Kenderaan No. 4 pancit. Selesai mekanik (Kenderaan No. 16) menjalankan khidmat mereka maka konvoi diteruskan sehingga ke Restoran Belangkas Pak Hamid, Kota Tinggi di mana kami telah mendapat liputan secara langsung oleh Cik Ain dari Radio Johor FM....

Kejadian Aneh 1 : Kasut yang sampai ke Takah Tinggi tapi tuannya tidak...

Kejadian Aneh 2 : Pasang khemah sampai 2 buah tapi tido kat luar....

Riak wajah Kem Kom setelah puas menyelongkar beg dan menyedari bahawa beliau lupa nak bawa seluar kecik selain yang sedang dipakai ketika itu. (Bro, mana ada Jusco dalam hutan bro)

Rabu, Oktober 21, 2009

Kelong Ah Fatt at Pulau Sibu

Memulakan perjalanan menuju ke Jeti Tanjung Leman dari Kota Tinggi mengambil masa dalam 1 jam. Setiba di Jeti Tanjung Leman pada jam 5.00 petang, bot dah siap menunggu. So, tak perlu kami tunggu lama dan rupanya bot tue hanya menunggu kami jer... Yang kena tunggu ialah Dr. Liew sekeluarga dengan Mrs. Ho sebab wa kelewatan.. haha (Sorry to keep u all waiting).

Untuk sampai ke Kelong Ah Fatt dari Jeti Tanjung Leman hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja tapi memandangkan bot yang dinaiki tue berkelajuan sopan santun maka faham-faham saja la sebab mana ada speed boat ke Pulau Sibu. Sebenarnya percutian di Kelong nie lebih kepada aktiviti memancing tapi bila orang yang tak minat memancing (macam wa) berada di atas kelong, maka aktiviti lebih kepada berehat dan percutian sahaja. Geram gak nak memancing sebab tengok ikan yang pemancing lain dapat.

Nak makan angin atas kelong paling jauh bersiar-siar pun dalam 5 minit dah sampai semula kat titik permulaan. So, kalau nak bersiar-siar lebih jauh kena la pusing 10 atau 20 pusingan atas kelong tue...

Nak cerita hal makan dulu atau hal tempat tidur? Kita cerita tentang tempat tidur dulu la yea...

Di atas kelong tempat tidur agak selesa cuma tidaklah sepertimana dalam chalet atau bilik hotel. Tidur dalam keadaan macam dalam dormitory. Ada dalam lebih kurang 15 buah katil dua tingkat dan sebuah katil boleh memuatkan 6 tilam bujang untuk setiap tingkat. So, berapa orang yang boleh tidur atas kelong tue, lu orang kira la sendiri. Setiap tingkat katil pula disediakan 2 buah kipas yang diletakkan di kiri dan kanan katil. Jadinya takde la panas suasana dalam kelong tue tambahan lagi dindingnya boleh dibuka dan ditutup. Bila malam pula, tak payah berkipas pun takpe sebab angin semulajadi dah cukup kuat. So, tidurlah wa dengan nyaman sekali walaupun dengan iringan irama malam... (Lu kira la kalau atas kelong yang tak berapa penuh tu pun ada dalam lebih kurang 60 orang dengan anggaran 30% berdengkur - lu agak boleh jadi lagu tak?? Waakakakaka)

Gambar di atas hanya Gambar Hiasan sahaja. Bukan mereka-mereka yang dalam kategori 30% di atas.

Makanan semua berasaskan laut. Ikan, udang, sotong, ketam semua ada selain ayam, sayur dengan nasi... Masakan 'Chinese Style' la, tak pedas. So, kalu lidah jawa nak masakan pedas kena la buat tak malu mintak lada dengan kicap kat dapur. Makan agak 'mewah' sebab ada sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dengan minum malam lagi. Itu tak termasuk biskut dan air kopi serta teh yang sentiasa ada disediakan. So, takde la fikir nak pergi "Seven E" kalu terasa lapar.

Part paling best bila time makan ialah wa akan terasa macam kat asrama sekolah dulu sebab setiap kali makanan telah siap disediakan, Chef akan bunyikan loceng time perang jepun dulu.

Tanpa loceng nie, maka tak makan la kami...

Keesokan harinya kami ke Pulau Sibu yang hanya dalam 15 minit sahaja. Kali ini Pulau Sibu ada sedikit kelainan dari semasa wa pergi sebelumnya di mana telah mula ada menampakkan pembangunan dengan laluan menyelusuri pantai, bangunan sekolah dan lain-lain. Tapi tidaklah semeriah Pulau Tioman atau jauh sekali Langkawi.

Tapi apa yang paling menarik sekali berada di sini samada di atas kelong atau di Pulau Sibu ialah pemandangannya amat menarik sekali. Pulau yang belum tercemar....

A special thanks to Dr. Liew from Clinic Liew, Kota Tinggi for this trip.... "Terima kasih daun keladi."

Isnin, Oktober 19, 2009

Sun Rise and Sunset at Sibu Island

Sunset

Sunrise
Next post, I will tell about my 2 days and 1 night trip to Ah Fatt Kelong at Pulau Sibu....

Rabu, Oktober 14, 2009

Titon


Jangan terpedaya dengan tajuk dan gambar tersebut. Actually, kami tengah tunggu pengantin perempuan mengenakan pakaian pengantin beliau. So, tengah tunggu kat luar macam-macam la yang kami buat. Kalu nak tau, pasangan pengantin nie memang sporting giler... Tapi kalau diaorang tue sporting pun takde la wa dengan member nie sampai boleh tido la pulak..

Isnin, September 07, 2009

Bazar Ramadhan

Bila dibayang-bayangkan memang macam mudah aje tapi bila dah pegang kamera dengan berada di lokasi, rasa satu macam la pulak.. Nak bawak tak kamera nie.. Nak bawak tak..??

Rupanya bukan senang nak ambil gambar kat Bazar Ramadhan nih... (Kira satu cabaran gak la untuk wa dari Tun Toyol). Yang kali nie punya wa dah tak tau kompo kat mana. Betul la kata lu, ada payah sikit.. Lagipun, wa dah tak tau nak shot macamana sebab terasa apa jer wa buat orang dok perhati. Tak dapat wa nak tonggeng-tonggeng macam selalu...
Kalau ambil gambar di Majlis Perkahwinan atau di tempat-tempat tumpuan pelancong, bila kita bawa kamera hanya satu pemandangan biasa tapi bila wa bawa kamera kat Bazar Ramadhan, Bandar Baru Salak Tinggi.... Pergghh.. Macam rasa semua orang dok perhatikan kita je. Tak keruan rasa sampai ntah apa-apa la yang wa dah rakamkan dalam kamera wa.. So, dalam menempuh segala gundah gulana dalam hati maka inilah yang wa dapat... (Yang macam tak berapa dapat laa... waaakakaka)
Apapun, harap-harap dapat la hilangkan kerinduan lu kat Bazar Ramadhan. Kalu terasa nak makan, terpaksa la mintak XYL buatkan.. Lagipun, satu perkara yang wa dapat di sini selain dari pengetahuan, adalah "pengalaman"..








Photo 1: Air Laici Kang.

Photo 2: Popiah Bercili

Photo 3: Yang nie menarik sikit sebab kali pertama wa jumpa ada jual kat Bazar Ramadhan. Pulut Durian.. Perghh.. tak leh tahan...
Photo 4: Kueh Tepong Pelita. Ada gak yang kata kat wa Kueh Tako... Tapi wa peduli apa, janji makan sodap..