Kita cerita hal zoo... Aku ke Zoo Taiping pada bulan Januari 2009 yang lalu. Tarikh tepat memang tak ingat tapi itu tak penting. Sebelum ini aku hanya selalu ke Zoo Johor, Zoo Negara dan pernah juga ke Zoo Singapura. Semasa di Zoo Johor dan Zoo Negara, aku memang tak puashati dengan keadaan binatang yang dipelihara di sana then aku dapat peluang untuk melancong ke Zoo Singapura dan mendapati walaupun pernah ada kisah pekerja zoo dibaham harimau tetapi keadaan Zoo Singapura adalah jauh berbeza. Timbul pula rasa malu dengan bezanya keadaan zoo-zoo di Malaysia dengan zoo di Singapura.
Then aku tergerak nak tengok pula tarikan Zoo Taiping yang digembar-gemburkan selama ini dengan Night Safarinya. Tapi memang bangga la bila sampai kat sana sebab Zoo Taiping pada aku setanding dengan Zoo Singapura malah boleh aku katakan lebih baik. Memang best kat sana. Penat jalan nak rehat kat mana-mana ada tempat rehat. Keadaan bersih dan haiwan di sana takde la kurus-kurus macam tak cukup makan sangat. So, untuk pengendali Zoo Taiping, SYABAS saya ucapkan....
Tambah lagi wa ke Zoo Taiping dengan membawa 3 orang sukarelawan bagi makan haiwan di sana... Wa ada gak mintak diaorang bagi makan rimau kalu berani. Mau siap ngan diaorang sekali kena makan..
So, kalu nak tengok gambar haiwan yang lain kamu semua kenalah ke Zoo taiping sendiri sebab tak larat aku nak upload kat sini semua gambar yang aku snap.
P/S: Pasal sukarelawan yang bagi makan haiwan tu jangan amik serius, sebenarnya member wa yang rembat rumput kat zoo tue then bagi makan binatang tue.. Suka-suka diaorang je buat macam rumah diaorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan