Program kali ini adalah merupakan anjuran Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Taman Negara Endau Rompin -Selai...
Berdiri dari kiri : En. Rahim, Cikgu Yazid, En. Radif, En. Duha, En. Razak, En. Zakria dan speaker..
Tak berapa lama selepas itu, kelihatan grup Marshall (Pak Supir) yang diketuai oleh Cikgu Yazid dah berkumpul untuk menerima taklimat ringkas yang mana kebanyakkannya team driver muka-muka familiar je yang wa biasa kenal dan dalam kepala wa terus terlintas... "Memang takkan sunyi la hutan Taman Negara tu nak melayan ragam diaorang". Semua kenderaan 4x4 yang terlibat sebanyak 17 buah. Ini tak termasuk kereta wa yang akan jadi Media Car with Single Driver (untuk kali ke-2) bersama konvoi sehingga ke Pejabat Taman Negara. Lepas taklimat, para supir sekalian mula sibuk memastikan kenderaan masing-masing telah bersedia untuk program ini selain memasang bendera pada kenderaan.
Taklimat Untuk Pilot-Pilot
Selepas pendaftaran selesai tanpa ada sesiapa 'lambat yang bakal tinggal', pelepasan peserta-peserta sekelian pun berlangsung dan telah disempurnakan oleh En. Mohd. Radif Bin Kosnin, Penolong Pegawai Daerah Kota Tinggi merangkap Mentor Rakan Muda Daerah kota Tinggi. Kebiasaannya VIP nie kalu dah lepaskan kitaorang dia pun balik rumah atau buat aktiviti lain la kan... Tapi kali ini lain sikit, dalam pada dia sempurnakan majlis perlepasan rupanya dia jugak kena ikut sebab beliau menawarkan diri untuk bersama menyertai program sebagai peserta program.. Maka sesama dok dalam Utan ler kita..
Perjalanan menuju ke Pekan Bekok melalui Kluang - Yong Peng - Chaah - Bekok....
Taklimat di Pejabat Taman Negara Endau Rompin - Selai
Tayar disedari pancit setiba di lokasi tapak perkhemahan. (Yang bertopi merah tiada di tempat kejadian sebelumnya tapi ntah bilamasa tetiba jer ketika gambar diambil beliau boleh ada di situ)
Lepas dirikan khemah, aktiviti pertama ialah 'Water Tubing'. Wa taknak perjelaskan lebih lanjut tapi cukup la tengok gambar dan wajah Pegawai Belia Daerah, En. Shamsuddzukha a.k.a Duha yang sendiri melalui pengalaman tersebut... (Wajah seribu makna.. kalau OK pun muka macam tue then tak OK pun macam gitu gak...) Malam pula sesi Percambahan Fikiran Program Rakan Muda oleh En. Abd. Rahim, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor. Selesai sesi tersebut di sambung pula dengan sesi Serampang Ikan selain aktiviti bebas.
Wajah dan aksi En. Duha semasa 'Water Tubing'
Wajah dan aksi En. Duha 'sebelum' Water Tubing..
Wajah dan aksi 'anak buah' En. Duha masa 'Water Tubing'
Hari Kedua :-
Persiapan pagi untuk ke Takah Tinggi... Lepas sarapan buat senaman sikit. Tengok pada peta memang ler landai tapi boleh tahan gak la perjalanan 2 jam jalan hutan dengan bahu pikul barang-barang kamera siap dengan tripod. Nasib baik wa tak bawak 70-200mm. Kalu tak, mau menitik segala air kat badan.. Penat memang amat memenatkan tapi menjadi satu kepuasan bila berada di Takah Tinggi. Walaupun wa penat tapi wa betul-betul puas hati berada di sana...
Taklimat sebelum perjalanan ke Takah Tinggi
Sesi regangan oleh Cik Lili
Gambar kiri : Jarak dan tempoh perjalanan, manakala Gambar Kanan: En. Razak menerima taklimat ringkas dari Jurupandu Arah. (Meskipun ketika dalam air, taklimat tetap diberikan... Woi, tak leh tunggu naik kat darat ke apa...?)
Mengambil air dari Batu Dinding. (Thumb Up dari Saudara Md. Nor a.k.a Hantu Cina)
Kembali ke Base Camp, kami diberi waktu rehat dan malamnya kami menjalankan aktiviti yang sama seperti malam sebelumnya.
Hari Ketiga (Last Day):-
Selepas sarapan kami dah mula kemas semua barang, membersihkan semula kawasan seperti sediakala malah lebih bersih dari sebelumnya dan bersedia untuk aturcara program seterusnya iaitu Demo Survival dan diikuti dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh En. Abd. Rahim Bin Hj. Mohd. Sharif, Penolong Pengarah Pembangunan Rakan Muda JBSNJ merangkap orang yang ada bersama kami selama 3 hari 2 malam merangkap orang yang bersama kami juga menapak sampai ke Takah Tinggi...
Perjalanan pulang pula melalui Bekok - Paloh - Kluang - Kota Tinggi. Wa mengikut sahaja dari belakang sebagai Last Car yang dengan amat sabar di belakang kenderaan No. 16 yang membawa 'Hantu Cina'. Itu pasal takleh laju. Kelancaran perjalanan terganggu seketika apabila Tayar Kenderaan No. 4 pancit. Selesai mekanik (Kenderaan No. 16) menjalankan khidmat mereka maka konvoi diteruskan sehingga ke Restoran Belangkas Pak Hamid, Kota Tinggi di mana kami telah mendapat liputan secara langsung oleh Cik Ain dari Radio Johor FM....
Kejadian Aneh 1 : Kasut yang sampai ke Takah Tinggi tapi tuannya tidak...
Kejadian Aneh 2 : Pasang khemah sampai 2 buah tapi tido kat luar....
Riak wajah Kem Kom setelah puas menyelongkar beg dan menyedari bahawa beliau lupa nak bawa seluar kecik selain yang sedang dipakai ketika itu. (Bro, mana ada Jusco dalam hutan bro)