Daripada Kota Tinggi, Johor nak ke Kuala Besut, Trengganu mengambil masa 10 jam memandu. Kelajuan wa takde la laju sangat... relax jer. Itupun wa ada singgah makan di Pekan, Pahang jap. Selain berhenti bagi melepaskan apa yang patut sebelum kang ada lak 'Coral' dalam perut nih..!! Hehehe. Sampai di Jeti Kuala Besut jam baru pukul 4 pagi dan takde apa yang nak dilakukan sebab semua kedai masih tutup. Nak sewa hotel buat membazir jer sebab tinggal beberapa jam sahaja sebelum bot pertama mula bertolak ke pulau pada jam 7.30pagi. So, lepak dalam kereta jer la...
Walaupun masih terlalu awal, tapi di Kuala Besut sentiasa ada sahaja mamat-mamat yang berlegar ke hulu-ke hilir dengan motosikal menyapa kami dengan tujuan untuk berebut kenderaan kami supaya diletakkan di tempat mereka masing-masing. Bayaran meletak kenderaan sebanyak RM7 untuk 1 hari. So, untuk 3 hari 2 malam kena juga la RM21 siap jaminan kononnya nak sedapkan hati pelanggan tapi pada wa mengerikan, "Abang jangan risau, selama nie belum pernah ada kes bang". Memang la, wa mana tau ada kes atau takde. Dan kalau ada kes pun takkan lu nak cakap pun.. Takkan lu nak bagitau wa, "Abang jangan risau, selama nie baru Dua Ratus Enam Puluh Tiga kereta jer kena pecah. Yang diaorang amik cuma radio ngan potong wayar sikit jer bang...!!"
Perjalanan menaiki bot ambil masa 45 minit tapi jumlah keseluruhan jejak gak la 1 jam. Naik bot macam la naik prebet sapu kat bandar. Bot yang kami naik tue bukan hantar ke 1 lokasi sahaja tapi terkena lak time tue banyak lokasinya. Kena pulak kami la lokasi terakhir bot tue hantar. So, duduk jer la. kalu prebet sapu boleh gak nak marah turun dari kereta, ini bot... takkan nak merajuk nak turun! Giler apa..? Mujur la Pulau Perhentian terdiri dari gugusan 2 buah pulau iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil jer. Nak ambil gambar dalam masa naik bot tue jangan harap la sebab kalu nak amik gambar laut maybe hasilnya nampak langit jer.... Laju giler bot ngan ombak lagi..
So, sampai kat lokasi penginapan kat pulau, wa pun terus dengan aktiviti dalam jadual wa selanjutnya...