Rabu, Februari 17, 2010

Cabaran 4X4 - Penerokaan Hulu Sg. Mas - Lemakoh


Program berjalan selama 3 hari 2 malam merupakan satu pengalaman yang amat menarik sekali dengan ditambah lagi pemandangan yang amat cantik apabila tiba ke lokasi. Kena pulak tido dekat dengan air terjun...

Dalam pada wa tercari-cari ayat nak buat untuk ceritakan perjalanan program tue, wa terfikir pula bahawa sepanjang perjalanan program terlalu banyak yang wa nak ceritakan dan kalau ada yang tertinggal rasa tak puashati pulak dengan jalan cerita wa tue. So, wa fikir adalah lebih baik wa penuhkan dengan gambar sahaja yang boleh menceritakan hampir keseluruhan cerita.. So, tengok dan fahamkan sendiri ok..



 
 
Macam biasa la kami sampai berkumpul di Gelanggang Tenis. Kemudian selepas bersarapan, taklimat perjalanan program disampaikan.



 
Kat jalanraya boleh la amik angin luar. Bila dah mula masuk ke dalam hutan dimulai dengan laluan ladang, kenderaan yang takde aksesori tambahan terutama 'air-cond', baru ler tau seksa tak seksa.


 
 Melepasi laluan yang menyeksakan tadi, kami berhenti sebentar bagi memberi ruang untuk orang macam wa yang naik kereta takde 'air-cond' menarik nafas bersih lagi suci. Kalu tapis peparu wa, mau debu tanah merah yang wa sedut tadi dah boleh buat tambak lubang-lubang kat jalan tue..


Tidak berapa lama selepas perjalanan disambung, salah satu kenderaan tercabut hos paip minyak 'power steering'nya. Tapi itu kecik punya hal... Kejap jer kasi bikin dek tuan punya.



Perjalanan pun diteruskan lagi dan kali ini mula la episod kuar masuk lubang, redah pokok, turun naik bukit dan seberang sungai hingga la sampai ke tapak perkhemahan.

 
Bila sampai jer kat tapak perkhemahan, wa rasa nak terus jer mandi. Apa tidaknya, baru lepas bergelumang ngan debu dan peluh... Sampai pulak tempat yang airnya sejuk sangat... Best.. memang best..!!

 
Tapi yang penting, kena pasang khemah dulu baru boleh makan!!!. Jangan degil macam Pak Ya (bukan nama sebenar). Orang tak kasi makan dia dok menyangkung tunggu kat bekas nasi tue sampai orang siap pasang khemah..

 
Tak lupa, chef kami yang dibawakan khas.

 
Pada malamnya, kami menerima tetamu yang kami tak sangka sanggup meredah hutan memalam buta untuk datang menyertai kami bersama. Rupanya beliau akan terus bersama kami berkhemah sampai kami balik. Kehadiran En. Mohd. Ghani Bin Mohd. Yusof, Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Johor disambut oleh sekalian makhluk bernama manusia di hutan tersebut ketika itu.

Nampak sangat bukan wa jer yang tak caya kat Duha bila memalam buta kat dalam hutan.... Waaakakaka.
P/S: Tong gas tersebut hanyalah kiasan semata-mata

 Ini adalah gambar sebenar berkaitan dengan tong gas tersebut.


 
 Kesian kat dia... Puas dok perah otak pikir nak buat apa untuk sarapan pagi hari kedua...??!! Akhirnya, jadilah jemput-jemput (kata orang Johor) yang paling sedap kat dalam hutan tue. Ini telah diakui sendiri oleh Ketua Chef sambil membuat gaya promosi Jemput-Jemput....

 Pengarah sedang membuat penilaian hasil masakan chef tapi takde kata apa-apa pun. Kata Orang tua-tua, "Kalau dia diam jer, kira setuju lah tue.!"

Selepas bersarapan, kami bergerak menuju ke Sg. Mas. Laluan agak lebih mencabar maka hanya beberapa kenderaan yang agak sesuai sahaja digunakan.

Akhirnya sampailah kami ke Sungai Mas. Penat yang amat tapi puas hati..

Gambar ini merupakan gambar satu kenangan dan pengalaman. Hanya yang ada jer tau perasaan masing-masing.. Buat Tun Mamat, sampai sekarang wa masih bersyukur sebab lu tak datang bawak nasik... waakakaka..

 
  
 
Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Johor. Dewan untuk majlis telah disediakan oleh Kelab Kembara Dan Pecinta Alam Kota Tinggi (KEPAK). Oleh kerana disediakan oleh Kelab Pecinta Alam, maka dewannya juga berasaskan alam...

Dalam perjalanan balik ke Kota Tinggi, kami singgah di Sungai Sayong kerana walaupun sampai di Sungai Sayong hari sudahpun petang namun, 'makan tengahari' telah disediakan untuk kami semua. Terima kasih Daun Keladi kepada seluruh penduduk Kampung Sungai Sayong khasnya Persatuan Belia Sungai Sayong.

Memang balik tue wa penat giler, tapi wa puas hati dan kalau ada peluang... wa nak pegi lagi kat sana.. Best.. Memang best.

Dalam hutan tue, wa jumpa tapak rimau, najis gajah dan lain-lain. Tapi ini jer lah satu-satunya 'Hidupan Liar' yang wa jumpa secara 'Live' kat sana... Cabuuttt.. Ampunkan wa Tun Mamaaatt... Waaaakaka

Tiada ulasan: