Khamis, Disember 15, 2011

Khamis, Disember 01, 2011

Desaru

Lokasi nie wa pergi atas urusan tugasan lain tapi mengambil kesempatan atas masa yang terluang, wa dok la merayap sorang-sorang awal pagi....

Lokasi sebenar ialah di Jeti Kompleks Rakan Muda Sukan Air Dan Udara (KRMSAU), Kota Tinggi




Jumaat, Julai 01, 2011

Penyabong 2




Bot pada gambar yang ketiga nie sebenarnya telah diubahsuai menjadi rumah...

Rabu, Disember 29, 2010

Pineapple Plantation

Semasa berada di Ladang Nenas nie wa dapati tiada pokok yang sedang berbuah, mungkin dah bukan musimnya kot tapi yang ada cuma pokok dalam gambar nie kemudian yang sedang disemai di sebalah bahagian ladang yang lain.

Kawasan penanamannya memang betul-betul luas tapi wa tak pasti samada ini adalah ladang nenas yang paling besar. Rasanya tak kot sebab bila wa search ngan surf kat internet, banyak la pulak tempat perladangan nenas yang kata ladangnya yang paling besar... hahaha..

Tapi apa yang menarik perhatian wa ialah pemandangannya yang seluas mata memandang...



Selasa, Disember 14, 2010

Isnin, Oktober 04, 2010

Kuala Trengganu

Dalam perjalanan dari Kuala Trengganu untuk balik, wa ternampak satu tempat nie tapi tak ingat lak apa nama tempat nie. So, wa singgah la sebentar. Nak dijadikan hal, rupanya niat wa berhenti nak tengok pemandangan pantai kat sini rupa-rupanya juga untuk tukar tayar sebab tayar wa bocor. Sambil tengok pemandangan, sambil kena tukar tayar. Mujur juga awal lagi. Jadi dapatlah terus tampal tayar. Risau juga sebab perjalanan masih jauh lagi..






Selain itu juga, wa sempat singgah di satu tempat bersejarah iaitu Kota Duyong yang terletak di Pulau Duyong, Trengganu. Kota Duyong nie difahamkan merupakan sebuah kota untuk memantau pergerakan kapal keluar masuk melalui Kuala Trengganu. Ianya merupakan sebuah rumah lama yang dibaikpulih sepenuhnya...





Singgah di tempat berhampiran dengan Pusat Penerangan Perlancungan Negeri Trengganu juga berhampiran dengan Pasar Payang terdapat satu kumpulan yang sedang memainkan alat muzik tradisional. Wa tanya kat pakcik tue apa nama alat muzik tue dan dia kata namanya PUTERI.